Sunday 17 September 2017

28 Weeks

Pejam celik pejam celik...

Dah seminggu berlalu... bulan berganti bulan, kini minggu berganti minggu..
Rasa takut itu tetap ada.

Pregnancy kali ni memang sangat mencabar kesabaran ketahanan mental makiti.

Makiti sendiri tak mampu mengawal rasa hati. Makiti tak banyak craving kali ni sama la macam makiti pregnant Danish Rayyan dulu.. Tak de rasa nak makan pelik2 cuma keje lapo ja.. hihihi..

Moga kesakitan dan ujian yang makiti galas sekarang ni beri makiti satu kekuatan untuk kelahiran kali ini. Moga anak ini melihat dunia secara normal.. Makiti ingin merasai sentuhan kulit baby as a 1st person setelah 9bulan 10 hari makiti bawa belai borak and nangis dengan dia.

Abang Danish Rayyan pun dah makin bijak.. Alhamdulillah....

Manusia boleh berkata2 tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Bersabarlah Allah ada di hati kita..

~Wallahualam

Thursday 23 February 2017

Allah Ampunkan Aku



Insaf itu satu perasaan yang datang tanpa dipaksa… kadangkala ia datang dalam mimpi yang amat mengerikan.. insaf itu satu perasaan yang bukan diada2kan.. bukan jua untuk diperkatakan dan ia hadir kerna TUHANMU.. kerana DIA masih sayangkan hambanya itu.. masih rindukan lunak suara hambanya menutur bait2 ayat dari kitab suci karamullah… setiap insan lain caranya..

Bersyukurlah andai rasa itu menjengah sanubari anda… bersyukurlah andai rasa itu mendekatkan anda dengan PENCIPTA.. bersyukurlah ALLAH masih merinduimu…

Selagi masih diberi kesempatan… hambarkalah tikar hikmahmu…. Sujud insaflah mengharap ampunan Tuhanmu… Allahu…

Dorongilah aku kearah ketakwaan dengan penuh istiqamah… bantulah aku menjaga mataku serta mulutku serta anggota tubuhku yang lain… “aku takut Ya Allah kerna mgkin bicaraku menghalang aku merasai nikmat air telaga KautsarMU… Aku takut Ya Allah, mungkin mataku mengharamkan aku bau wangi syurgaMU…Aku takut Ya Allah, mungkin kakiku menghalang aku terus melangkah masuk ke syurgamu” Allahuakbar.. bagaimana nasibku kelak… Bagaimana timbanganku kelak…

“Saat kita merangkak ke arah Allah, Allah akan berjalan ke arah kita.. saat kita berjalan ke arah Allah, Allah akan berlari ke arah kita”..

Wednesday 22 February 2017

14 February 2017

Assalamualaikum..

Today Baby Danish dah masuk 11 months.. Aiyoo cepatnye anak mommy membesar..
Rasa mcm semalam je mommy kendong awak dalam perut sayang...

Makin bijak, manja.. kuat merajuk pun ye.. Suara pun dah mcam Tarzan OKEYH...

Nanti mommy share once DANISH turn to 1 year..

Stay tune..

Present in Advance



Birthday Present in Advance!!

Haaaa ni dikatakan hati seorang ayah…. Seingat miss erah… M.E x pernah request apa2 dari my parents for my birthday present..
One day before, M.E ada Tanya husband..
B, ada x beg laptop…
Takde, nak buat ape?..
Macam biasa, bila hampa… jawab je takde ape.. saje Tanya… (hati sedih x dapt diinginkan.. bukan  salah my husband pun.. tapi mmg perangai gedix camtulah… hahaha..

One week tu baby Danish asyik tak sihat… so M.E decide nk balik even tanpa Daddy Danish… M.E cannot tahan anymore… so, M.E pun balik la dengan budak bertuah naik ETS pkul 9.30 mlm.

Tapi tu bukan cerita nya… dalam pkul 11.30 malam (sabtu), M.E tengah makan dengan mum in law… borak2 zaman dulu2… ayah M.E call cakap smpai depan rumah… oklah I know he came for his grandson… nak melawat orang sakit kan…

So, M.E pun macam biasa tunggu depan pintu.. suddenly Nampak ayah kuarkan something dari dalam bonnet… dalam hati… untung Danish belum besday, baru skit dah dpt hadiah besar…

Sampai je mak ayah depan pintu, they wish me “Happy Birthday anak ayah”… korang rasa, M.E nak nangis ka nak teriak ka nak buat apa?... seperti biasa, M.E yang hati kering basah ni… mata dah berair.. tapi tak rembes lagi.. salam kucup tangan..sambil tangan mencapai hadiah untuk birthday GURL..

AND U OLS GUESS WHAT ISI DALAM TU?????

beg yg M.E. tanya husband tapi dpt dari ayah n mak... instinct seorang ayah and mak..






Monday 20 February 2017

"Wajah Keramat Misz Erah"

Assalamualaikum…

“KERAMAT”…
Miss erah tak tahulah ada tak yang membaca blog M.E ni.. tapi just nak coret juga… mana tahu ada yang setia membaca.. ye dak…

Apa tu keramat bagi M.E.. Bagi M.E wajah keramat buat M.E of coz la mak ayah M.E… y??? tanpa diorang M.E tak kan mengenal siapa Pencipta.. tak kan ada didunia ni.. walaupun orang selalu kata dunia ini penuh pancaroba tapi jangan lupa kita ada pohon untuk bertaut… selagi mampu bertaut.. peliharalah pohon itu sebaiknya…

M.E nak kongsi, one day my colleague argue M.E.
A: Eh you, balik kampong juga ke, even 2 hari je cuti.
M.E : Yes, sebab setiap bulan I akan peruntukan waktu untuk balik jumpa mak ayah.. I xmampu tatap hari2… so once a month I akan balik.. any doubt?
A : xde la… rugi minyak,, tol lagi.. kampong you bukan dekat.. penat drive lagi
M.E : tak pe..selagi masih diberi peluang J (M. E terus diam sambung buat keje)…
My colleague pun diam..

*kat sini M.E nak cakap… kenapa plak perlu rasa penat nak balik jumpa MAK AYAH… mereka x minta hari2 tuk lawat mereka… mereka boleh ckap… xpelah bz xpayahla balik.. telephone cukup… tp M.E tetap nk one a month akan balik… kerna M.E masih ada pluang kucup tangan yang membesarkan M.E… tangan yang dihulur ketika daku jatuh… tangan yang membanting mencari nafkah buat family… M.E masih berpeluang mengucup sejuk lembut pp yang pernah berjaga siang malam demi keselesaan M.E dan adik2… ADAKAH SUSAHNYA KITA MENCARI PELUANG untuk bertemu “WAJAH KERAMAT” kita… ingat xselamanya kita di dunia.. di akhirat belum tentu nasib diri…  mak ayah nk lihat anak2 depan mata..cucu2 balik memeluk erat tubuh tua mereka..

Apakah itu kita sebagai anak tak mampu laksakan.. sedangkan mereka… tepuk dada tanyalah iman…  
👧👧
 Wajah2 keramat ku... moga kita dapat bersatu di jannatul firdaus..

Meera parents (Mak n Ayah)


My in-law (Abah and Mama)