Wednesday, 26 June 2013

will be miss all the moment together

Ya ALLAH kejap nye kami dah nak berpisah..... seriously, surely aku akan miss sangat kenangan bersama mereka.. nangis...gadoh.. ketawa sama2... so tuk mengisi waktu kerinduan....
i've done with my sweet simple video for all of us... 

hope they'll like it.... miss u love u




Tuesday, 25 June 2013

Setelah 3 tahun...

alhamdulillah... bersaksikan tuhan semesta alam, berakhirlah perjuangan we ols di bumi UTHM ini... dengan rahmatNya kami bertahan, dengan Kasih sayangNya kami menongkah masa...

betulkah dah habis?
bagaikan tak percaya aku dah habis kan 133 jam kredit selama 3 tahun
dalam bidang Kejuruteraan Awam.
alhamdulillah... tiada siapa sangka, perjalanan yang dirasakan sukar,
dipermudahkan oleh NYA..
perjalana pada awalnya penuh rintangan,
dicantas olehNYA memberiku laluan yang sempurna...
syukur ku kehadrat Illahi..

Masih ku ingat saat diri terasa ingin menyerah kalah dalam melengkapkan projek sarjana muda,
namun DIA memberikan aku seorang sahabat yang sentiasa disamping,
DIA memberikan restu bersama doa ibu ayah yang sentiasa mengiringi langkahku
walau langkahku kadang kala pincang...
walau kadang kala langkahku lemah,
namun dengan rahmatMU,
aku berdiri..berdiri mencari realiti.

hmmm...saat ni lah paling aku tak suka... saat berpisah dengan rakan-rakan
yang bersama susah dan senang..
ketawa bersama.menangis bersama,bergaduh bersama
semua tu laluan mendewasakan diri memasing.

moga perkenalan yang dikecapi xkan pernah luntur dan luput dimamah usia.
moga perhubungan ini tetap utuh dalam jiwa setiap kita...
love u ols..

utara-pantai timur

Wednesday, 19 June 2013

Jerebu

aiii la rakan serantau... napelah ko pergi bakar kebun... yang merana kami sekeliling... aduhai... nak sesak nafas aku dibuatnye... berguna gak lebihan stock mask... utamakan peparu anda... bau asap je sokmo... ade je abu2 berterbangan... makanan terdedah... kesian makcik2 meniaga.. aiyoooo... badan ni dah mula x selesa... batuk dah mula hadirkan diri... once dah start batuk ..mula la susah nak berhenti...

"Ya ALLAH setiap yang berlaku adalah ujian dariMU.. kuatkanlah kami disini...dengan rahmatMUkami berlindung..dengan kasih sayangMU... kami meneruskan perjalanan ini"

amin ya rabbal 'alamin

Sunday, 9 June 2013

JAMBATAN P.PINANG ROBOH??

really? shock gak erah masa dengar berita tu... ingat jambatan utama tu... syukran dengar yang kedua.. syukur? kenapa? sbb ingat xde kematian.. ingat dia roboh tnpa ganggu manusia lain... rupanya lain pula cerita... roboh dekat connection dia... aduhai... luluh hati tengok pic kelisa kena timpa ngan truss bridge... YA ALLAH.. sesungguhnya aku sangt risau family erah kat penang.. mana la nk taw diorang jejalan ke... al maklumlah kami semua suka tengok progress jambatan tu...

masa kejadian 27 rejab... mungkin ALLAH nak tunjuk sesuatu...tapi manusia terus-terusan mempolitikkan keadaan.. kenapa ye manusia dah jadi mcam ni.. frust erah... bukannye diorang nk bertaubat.. nak muhasabah diri n so on.. malah nak menyalahkan satu sama lain.. come on la tak matang seyh pemikiran korang...


buat mangsa kejadian,
moga rohnya dicucuri rahmat ILLAHI...
moga keluarganya sabar dan tabah menerima ujian ALLAH ini..
yang hidup pasti mati..
cuma masa kita belum tahu...



Sebuah Perjalanan

Saat kaki melangkah jauh ke selatan tanah air,
terasa diri ini kosong tanpa haluan,
saat diri melangkah jauh ke selatan tanah air,
terasa diri ini kaku di perbatasan.

sebuah perjalanan yang penuh dengan onak duri...
sebuah perjalanan yang jauh dari orang kenali..
bersendiri tiba tiba..
bersendiri mencari kenalan..

namun hampa ku peroleh..
kerna aku tidak sehebat yang lain..
kerna aku penuh kekurangan..
dunia yang dipenuhi warna warni manusia..
dunia yang dipenuhi hilai tawa manusia.
namun aku tetap kosong dalam mencari arah dan tujuan..

di kejauhan, sejuta harapan menantiku kembali dengan kejayaan,
namun yang indah kekal indah yang pahit terus menghantui...
kadangkala terjatuh kadangkala tersungkur.
insan mengaduh... mengaduh kesakitan menahan rasa..

dikejauhan kita diuji dengan seribu dugaan,
dalam menduga hati setiap insan
dalam mencari keikhlasan setiap hati.

benarkah manusia itu jujur?
benarkah manusia itu punya hati?
ataupun hatinya mati kerna mahu melihat kegagalan orang lain.?

Saturday, 8 June 2013

take it or leave it...further or not

huhuhu.. nak sambung ke x... aku nk kejar cita2 dulu... acane.... takut x dpt frust plak... bantulah hambaMU ini buat pilihan....

Friday, 7 June 2013

Selatan Tanah Air .... HBM



hari besday my mum.... huaaa.. tacink pepagi cakap phone ngan mak.... 
HAPPY BIRTDAY MAK.... 

tanpa dia...
aku tidak mungkin mengenal PENCIPTA.
aku tak mungkin merasa nikmat dunia...
aku tidak mungkin dapat menghirup udara segar ini.
aku tidak mungkin mampu berpijak di bumi ini..

ibu.
kau berjuang melahirkan aku..
kau berjuang untuk aku dapat mengenal alam dan PENCIPTA..
kau berjuang walau nyawa menjadi galang ganti..
kau berjuang di saat ramai berputus asa

ibu,
kau insan teristimewa dalam hidup aku..
kau insan yang aku sayangi..
walau ada canggahan pendapat..
walau ada canggahan kata dan suara.
namun kau tetap di hati..

ibu,
doamu mengiringi setiap perjalanan hidupku.
doamu mengiringi setiap laku ku..
aku cerminanmu ayah ibu....
aku bayanganmu ayah ibu..

ibu,
walau dunia kita x seindah yang lain
aku bersyukur di lahirkan sebagai anakmu
walau dunia kita x segah yang lain,
aku bersyukur lahir sebagai bidadarimu..


I LOVE both OF YOU... muahhh